Salam semua..
Bulan Januari lepas bekas kawan skolah sy,Aina buat tempahan utk birthday n majlis pertunangan adik dia. Untuk birthday cupcakes, Aina minta buat buttercream je, pada sy itu simple. Tapi untuk pertunangan Aina minta fully fondant. Ape? Di ulang sekali lagi, ya, fully fondant! Sebenarnya sy belom pernah buat cupcakes yang fully fondant. Biasanya kalau dapat tempahan fondant sy pasti pass pada kwan2 lain ataupun sifu sy Kak Fadzilah. Tapi kali ni, terasa sgt nak mencuba buat fully fondant. Apa guna byar mahal2 belajar dengan sifu tapi tak pernah mencuba? Sy terfikir seketika. Sampai bila sy nak simpan ilmu yg sy tuntut tu. Mungkin permulaan ini ada cacat celanya. Tapi 'practice make perfects'. Kan? Ini lah hasil pertama set fondant sy dengan harapan Aina berpuas hati dengan hasil kerja saya. Thanks Aina!
No comments:
Post a Comment