Bulan lepas dapat order dari Kak Mariana@MAria yg dok kat Pagoh. Tapi sebenarnya Kak Maria ni org Kuching,Sarawak. Kak Maria order 200 biji mini cupcake and 26 biji medium size cupcakes untuk majlis perkahwinan adiknya 16 & 17 Mei ni. Kak Maria ni senang and simple je org nya. Mula2 sy tnya jgk ape temanya. Dia kata tak ade tema2, ikot suka. Wah..ape lagi, sonok la sy mencuba pelbagai warna n pelbagai dekorasi. Cuma kak Maria nak yang medium size tu tulis 'Terima Kasih''. Tu untuk di bagi kepada jiran2 yang tolong time kenduri tu. Pastu yang mini kak Maria minta tulis "Baby" (nama panggilan adiknya yg nk kawen ni) dlm 50 biji. Pagi 14 Mei jam 9 sy amek mereka( kak Maria n suami) kat Larkin and then anta mereka n cupcakes tu ke Senai Airport. Harap2 kak Maria bawak cc tu elok2 supaya smpai Kuching nnt msih dlm keadaan yang cantik =) Terima Kasih atas tempahan kak Maria. Walau sy tak cukup tido malam tu..tp mmg berpuas hati.
p/s: semua design ni adalah dari inspirasi2 yg sy dpt dari semua master2 cupcakes di Malaysia ni. Bukan la tujuan untuk menciplak, tetapi sekadar berkongsi dan belajar design2 dari anda. Selain itu untuk memenuhi kepuasan pelanggan dgn design anda yg mane mereka mungkin tidak berkesempatan untuk membuat tempahan dari anda. Minta halalkan la hendaknya ye..hee (^_^)